fbpx

Penternak lembu, biri-biri kena notis cemar Sungai Permatang Pasir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kakitangan LUAS melakukan siasatan pencemaran air disebabkan penternakan lembu dan biri-biri di Kampung Bandar Banting.

SHAH ALAM – Dua Notis Pemberitahuan Kesalahan (NPK) dikeluarkan kepada penternak lembu dan biri-biri di Jalan Sungai Ingat, Kampung Bandar Banting di Kuala Langat dekat sini selepas didapati mencemarkan Sungai Permatang Pasir.

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) berkata, pengeluaran notis susulan siasatan yang dijalankan pada 30 September lalu berhubung aduan diterima daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Kuala Langat.

Katanya, notis itu masing-masing dibawah Peraturan 6 (1) atas kesalahan memasukkan atau melepaskan Bahan Pencemar daripada Aktiviti Berjadual (Penternakan Lembu & Biri-biri) ke dalam Sungai Permatang Pasir.

“Selain itu, mengikut Seksyen 107(b) atas kesalahan menjalankan aktiviti abstraksi air (air permukaan) di sungai sama.

“LUAS turut mengarahkan penternak menjalankan penyelenggaraan di tiga kolam kumbahan dan meninggikan lagi ban di antara kolam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, LUAS menjelaskan JPV Kuala Langat juga telah mengarahkan penternak menggunakan produk ‘Effective Microbes’ (EM) dalam air minuman dan makanan ternakan, kandang ternakan serta kolam kumbahan.

“Ini bagi meningkatkan penguraian sisa seterusnya boleh mengurangkan pencemaran air dan bau,” katanya. -K!ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI