fbpx

Operasi cari lelaki murung diperluaskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OPERASI mencari mangsa hilang disertai Unit Anjing Pengesan (K9) bomba di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Alor Bakong, Langkap hari ini.-IHSAN BOMBA

TELUK INTAN – Jarak operasi pencarian lelaki disyaki menghidap kemurungan yang dilaporkan hilang di kawasan kebun kelapa sawit di Kampung Alor Bakong, Langkap di sini diperluaskan sehingga tiga kilometer (km) hari ini.

Operasi mencari lelaki berusia 36 tahun itu turut dibantu Unit Anjing Pengesan (K9) bomba bermula dari lokasi barang-barang mangsa dijumpai.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan, Mohd. Ismail Mohd. Yunus berkata, seramai 65 orang anggota pelbagai agensi terlibat dalam operasi tersebut.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dibahagikan kepada dua kumpulan di mana kita menggunakan kaedah ‘sweep searching’ dengan radius pencarian diperluas sehingga tiga kilometer.

“Pencarian bermula dari titik dua kilometer arah utara iaitu dari lokasi barang mangsa dijumpai, manakala anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) pula membuat pencarian ke arah timur bermula dari dua kilometer lokasi sama,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI