GEORGE TOWN – Seorang orang kelainan upaya (OKU) meninggal dunia dalam kejadian kebakaran melibatkan dua premis di Jalan Kerian di sini petang tadi.
Mangsa seorang wanita yang belum dikenal pasti identiti itu ditemui melecur pada kepala di atas katil di tingkat atas premis berkenaan pada pukul 4 petang.
Lokasi penemuan mayat mangsa merupakan tempat penginapan, manakala aras bawah pula pusat karaoke.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, A’Azelan Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 3.34 petang.
“Pasukan kami berdepan kesukaran masuk ke dalam premis selain setiap pembahaginya ditutupi dengan papan lapis.
“Hasil pemeriksaan lanjut, kami menemui mayat wanita OKU di atas katil bilik. Mangsa melecur dan dipercayai maut akibat terhidu asap,” katanya di sini sebentar tadi – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929