fbpx

Lima beradik jadi yatim piatu kerana Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lima beradik yang masih kecil berusia antara 11 hingga 3 tahun kini menjadi yatim-piatu.

PETALING JAYA – Lima beradik hilang tempat bergantung selepas kehilangan kedua ibu bapanya yang meninggal dunia akibat wabak Covid-19.

Kisah pilu itu dikongsi sendiri oleh adik kepada ibu lima beradik tersebut, Mohd. Ariff Hafizan di laman Facebook miliknya hari ini.

Menerusi hantaran di Facebook itu, difahamkan, ibu kepada lima beradik itu disahkan meninggal dunia di Hospital Putrajaya selepas bertarung nyawa melawan wabak Covid-19 sejak 29 Jun lalu.

Lebih memilukan, wanita dikenali sebagai Ida Haryanie Abdul Razak itu menghembuskan nafas terakhir hampir dua bulan selepas suaminya, dikenali sebagai Mohd. Nasir Tahal turut meninggal dunia kerana wabak Covid-19 pada 11 Ogos lalu.

Ida Haryanie dan Mohd. Nasir meninggalkan lima orang cahayamata.

“Memang along kotakan kata-katanya hendak berada di sisi abang Nasir, hari ini mereka berada bersama di tempat yang sama. Selamanya.

“Berehatlah along. Terlalu lama along melawan kesakitan. Kat sana along sihat balik, kuat macam biasa. Jumpa abang Nasir balik bercintalah macam sebelum ini. Tunggu kami semua kat sana long, kami sayang along,” tulis hantaran itu.

Berita berkaitan: Menumpang kasih datuk dan nenek

Difahamkan, pasangan itu meninggalkan lima orang cahaya mata yang masih kecil berusia antara 11 hingga 3 tahun.

Orang ramai yang ingin membantu anak-anak ini boleh salurkan sumbangan ke akaun 162469188913 (Maybank) atas nama Mohd. Ariff Hafizan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI