fbpx

Koperal polis didakwa buat laporan palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERTUDUH, Koperal S. P. Varathraju Pillai (kanan) diiringi pegawai polis masuk ke Mahkamah Majistret Ipoh bagi menghadapi pertuduhan membuat laporan polis palsu hari ini.

IPOH- Seorang anggota polis didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membuat laporan polis palsu Ogos lalu.

Tertuduh, Koperal S. P. Varathraju Pillai, 39, bagaimana pun mengaku tidak bersalah setelah pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noor Azreen Liana Mohd. Darus.

Dia didakwa memberi laporan palsu kepada Koperal Aminah Berahim sehingga penjawat awam terbabit menggunakan kuasanya yang sah di sisi undang-undang untuk menyiasat perkara tersebut.

Kesalahan itu dilakukan mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan di Balai Polis Pusat di sini pada pukul 3.33 petang, 27 Ogos lalu.

Sabit kesalahan, bapa kepada dua anak itu boleh dikenakan hukuman penjara maksimum enam bulan, denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohammad Haiqal Asyraf Suhaimi manakala tertuduh diwakili peguam Amrick singh sandu.

Terdahulu, Amrick memohon wang jaminan paling minimum diberikan kepada anak guamnya kerana tertuduh menjaga dua anak masing-masing berusia 10 dan 13 tahun serta seorang ibu yang telah uzur.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin dan tarikh sebutan semula kes pada 11 November ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI