fbpx

Kondo jadi ‘calling centre’ judi online diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara individu yang ditahan menerusi serbuan di sebuah unit kediaman pangsapuri di Jalan Bangsar, dekat sini semalam.

KUALA LUMPUR – Sebuah kediaman yang dijadikan ‘calling centre’ untuk kegiatan judi online sejak dua minggu lalu terbongkar dengan penahanan 14 individu menerusi serbuan di sebuah unit kediaman kondominium di Jalan Bangsar, dekat sini semalam.

Serbuan pukul 3 petang itu menahan lapan lelaki yang merupakan warga tempatan serta enam wanita warga China berumur lingkungan 25 hingga 32 tahun.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, sindiket berkenaan dipercayai menyasarkan mangsa dari negara China dengan mempromosikan kegiatan itu melalui aplikasi We Chat.

“Berdasarkan siasatan awal, kita percaya sindiket itu dipercayai beroperasi di kediaman itu sejak dua minggu lalu dengan kadar sewa RM1,800 sebulan.

“Operasi kegiatan bermula pukul 10 pagi hingga 8 malam setiap hari dengan menawarkan gaji antara RM3,000 hingga RM5,000 kepada ‘pekerjanya’ selain menyediakan penginapan di kediaman itu kepada mereka (pekerja),” ujarnya.

Menurutnya, siasatan awal mendapati sindiket berkenaan beroperasi di unit kediaman itu sebagai ‘calling centre’ sejak dua minggu lalu.

“Sindiket ini juga akan berpindah-randah dari tempat operasi mereka bagi mengelak kegiatan itu dikesan pihak berkuasa.

“Kita masih mengesan saki baki anggota sindiket berkenaan untuk tindakan lanjut,” ujarnya

Jelasnya, kes disiasat mengikut Seksyen 4B Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959/63. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI