fbpx

Jerman mahu kembali digeruni

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FLICK (tengah) berjaya membantu Jerman mencatat tiga kemenangan berturut-turut sebelum ini sekali gus berada pada landasan terbaik untuk mara ke pusingan akhir Piala Dunia. – AFP

HAMBURG – Jerman sedia meneruskan kemenangan menje­lang aksi kelayakan Piala Dunia 2022 menentang Romania dan Macedonia Utara selepas mencatat tiga kemenangan berturut-turut di bawah kendalian jurulatih baharu, Hansi Flick.

Pengarah skuad kebangsaan Jerman, Oliver Bierhoff berharap skuad Die Mannschaft akan kembali menjadi pasukan digeruni selepas tersingkir di peringkat kumpulan pada Piala Dunia 2018.

Ketika ini, Jerman berada dalam landasan terbaik untuk melayakkan diri ke Piala Dunia 2022 apabila menerajui saingan Kumpulan J kelayakan Piala Dunia dengan mengumpul 15 mata daripada enam perlawanan.

Sejak membawa masuk Flick bagi menggantikan Joachim Low, Jerman mencatat tiga kemenangan berturut-turut de­ngan menjaringkan 12 gol selain tidak bolos dalam ketiga-tiga aksi tersebut.

“Kami mahu kembali menjadi pasukan berkelas dunia dan ia semakin hampir selepas mencatat keputusan memberangsangkan dalam tiga aksi terdahulu. Saya harap kami boleh teruskan momentum seperti ini.

“Semua pemain perlu tunjukkan intensiti sama dalam aksi menentang Romania dan Macedonia Utara. Jika boleh, kami mahu layakkan diri le­bih awal ke Piala Dunia tahun depan,” kata Bierhoff.

Jerman akan melayan kunjungan Romania di Volksparkstadion awal pagi esok sebelum berangkat ke Philip II Arena bagi membuat perhitu­ngan dengan Macedonia Utara minggu depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI