fbpx

Enggan cuci akuarium, isteri goreng ikan arowana milik suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kapsyen – Ikan arowana daripada akuarium suami yang digoreng isterinya. - TikTok

JAKARTA – Tindakan seorang suami yang enggan mencuci akuarium berisi ikan arowana peliharaannya berakhir padah apabila si isteri kemudian menggoreng ikan-ikan tersebut, lapor laman Suara.com.

Menurut satu hantaran di akaun TikTok milik @miakurniawan10, wanita itu berbuat demikian kerana geram dengan perangai suaminya.

Wanita tersebut meminta suaminya untuk membersihkan akuarium itu yang sudah terlalu kotor, namun arahannya itu tidak dipedulikan lelaki tersebut.

Oleh kerana tidak tahan melihat akuarium itu yang sudah terlalu kotor, dia kemudian membersihkannya sendiri.

Namun begitu, si isteri tidak tahu cara yang tepat untuk melakukannya dan telah menyebabkan ikan-ikan tersebut menjadi mabuk.

“Gara-gara suruh suami bersihkan akuarium yang hanya tinggal janji, saya pun membersihkannya sendiri.

“Tetapi ikannya menjadi mabuk,” demikian keterangan yang ditulis wanita itu pada foto ikan tersebut.

Oleh yang demikian, wanita itu pun membuat keputusan untuk menggoreng ikan-ikan tersebut. Dia bagaimanapun tidak menunjukkan reaksi si suami selepas mendapat tahu ikan kesayangannya telah digoreng.

Video tersebut sudah ditonton lebih 2.7 juta kali dengan 73,000 tanda suka, malah netizen turut meninggalkan pelbagai reaksi di ruangan komen.

“Perutnya (suami) terkejut kerana makan ikan mahal,” tulis seorang netizen.

“Terus dicampak isterinya ke dalam kolam,” tulis netizen lain. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI