fbpx

Buntu nak cari duit lebih RM40,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Youzaimi (tengah) menyerahkan sumbangan kepada Aini di Taman Wawasan, Mersing semalam. Turut kelihatan Aisy yang sedang didukung oleh Ketua Wanita UMNO Mersing, Malatimah Bandi (kanan).

MERSING – Sepasang suami isteri yang tinggal di Taman Wawasan di sini buntu memikirkan cara untuk mencari dana lebih RM40,000 bagi menampung kos pembedahan bayi mereka yang disahkan menghidap jantung berlubang ketika usianya lima hari.

Aini Atikah Poziman, 27, ber­kata, anak ketiganya, Aisy Thaqif Ahmad Amirwan yang kini ber­usia 10 bulan sebelum ini dilahirkan dalam keadaan yang sihat dan normal.

Katanya, sepanjang tempoh mengandung juga doktor memberitahu, bayinya itu tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan, cuma selepas dilahirkan, Aisy mengalami jaundis yang menyebabkan kekuningan pada anggota badan.

“Aisy nampak sihat seperti kanak-kanak normal yang lain, tetapi dia mudah penat dan tidak mahu berenggang dengan kami.

“Ketika itu usianya baru lima hari. Kami kemudian membawanya ke klinik, namun klinik tutup, jadi kami ke hospital. Alangkah terkejutnya kami apabila hasil pemeriksaan doktor memaklumkan ada sesuatu yang tidak kena pada jantung Aisy sebelum disahkan mengalami jantung berlubang.

“Sejak itu, Aisy perlu menja­lani pemeriksaan bulanan di Hos­pital Sultanah Aminah, Johor Bahru,” katanya semalam.

Terdahulu, Ketua UMNO Bahagian Mersing, Mohd. Youzaimi Yusof menyerahkan sumbangan wang tunai daripada tabung khas UMNO Bahagian Mersing untuk membantu bayi berkenaan.

Aini memberitahu, ketika ba­yinya masih kecil, pembedahan tidak boleh dilakukan kerana berat badan Aisy masih belum mencukupi.

“Sekarang, berat badannya sudah cukup dan kami hanya menunggu pihak Institut Jantung Negara (IJN) untuk menentukan tarikh pembedahan,” ujarnya.

Bagaimanapun, dia dan suami, Ahmad Amirwan Noorulehsan, 25, terkejut apabila dimaklumkan kos pembedahan itu mene­lan perbelanjaan lebih RM40,000.

Katanya, dia yang hanya su­ri rumah dan kini sedang me­ngandung anak keempat, ma­nakala suami pula bekerja sebagai juruelektrik agak sukar untuk mencari wang sebanyak itu.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh berbuat demikian dengan menyalurkan sumbangan menerusi akaun CIMB 7042994223 milik Aini Atikah Poziman.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI