fbpx

Banglo dalam kebun jadi stor simpan rokok seludup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

TANGKAK – Satu sindiket dikesan menjadikan sebuah rumah banglo di dalam kebun di Kampung Teratai, Bukit Serampang, di sini sebagai helah mengaburi mata pihak berkuasa untuk menyimpan rokok seludup sejak tiga bulan lalu.

Bagaimanapun, taktik itu tidak berjaya apabila kegiatan jenayah dapat dihidu oleh kumpulan Cawangan Risik Briged Tengah Polis Gerakan Am (PGA) Cheras dan Batalion 6 PGA Muar.

Penolong Pegawai Pemerintah Batalion 6, Deputi Superintendan Salehin Suleiman berkata, dalam serbuan pada pukul 3.30 petang itu, sebanyak 163,200 kotak rokok jenis putih disyaki tidak bercukai berjaya dirampas.

“Kejayaan ini adalah hasil risikan sekumpulan pegawai dan anggota PGA sebelum melakukan serbuan di sebuah rumah di kawasan kebun yang terletak di Kampung Teratai, Bukit Serampang, di sini.

“Hasil serbuan berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 26 tahun yang berada dalam kediaman berkenaan.

“Turut ditemui 13,600 karton rokok dan sebuah lori tiga tan serta dua buah van. Keseluruhan nilai rampasan ini dianggarkan berjumlah RM3.4juta,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak, di sini, hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI