fbpx

3 Januari 2022 pendengaran lucut hak keluarga Abdul Azeez

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Azeez

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 3 Januari 2022 bagi tarikh pendengaran permohonan kerajaan melucut hak hampir RM16 juta termasuk satu lot kedai daripada keluarga bekas Pengerusi Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin menetapkan tarikh itu selepas kesemua pihak iaitu pemohon, responden dan penuntut bersetuju dengan tarikh tersebut selain semua pihak perlu memfailkan hujahan bertulis masing-masing dua minggu sebelum tarikh pendengaran.

Pemohon adalah kerajaan, responden merupakan isteri Abdul Azeez iaitu Datin Seri Khadijah Mohd.Noor serta empat anak mereka termasuk Azeera Management Consultants (M) Sdn. Bhd sementara penuntut adalah Maybank Islamic Berhad.

Dalam prosiding hari ini pemohon diwakili Timbalan Pendakwa Raya Dona Liyana Sabariah, kesemua responden diwakil peguam S.K Shaarvin Raaj manakala penuntut diwakili peguam Choy Kay Chun.

Berdasarkan senarai kausa dalam laman sesawang e-pemfailan, kerajaan telah memulakan prosiding untuk melucut hak wang itu daripada akaun peribadi TH milik isteri Abdul Azeez dan empat anak mereka dan satu unit pejabat milik Azeera Management Consultants (M) Sdn. Bhd.

Permohonan melucut hak itu difailkan pihak pendakwaan terhadap ahli keluarga Abdul Azeez pada September dua tahun lalu manakala mereka memfailkan permohonan untuk penangguhan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI