KEMAMAN – Padah menceroboh dan menangkap hasil laut di perairan negara pada dua bulan lalu, seramai 17 nelayan Vietnam termasuk seorang tekong didenda hampir RM4 juta, oleh Mahkamah Sesyen di sini.
Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Rashidilhadi Abd. Rashid berkata, keputusan tersebut dibuat Hakim Mahkamah Seksyen Kemaman, Wan Suhaila Mohd Hakim pada kelmarin.
Beliau berkata, mahkamah turut memerintahkan dua buah bot nelayan dan serta peralatan lain dilucut hak kepada kerajaan Malaysia.
“Dua buah bot nelayan asing Vietnam serta 17 kru termasuk tekong berusia 17 hingga 42 tahun ini ditahan Maritim Malaysia (APMM) pada 3 Ogos lalu ketika menceroboh perairan negara,” katanya di sini hari ini. -K! ONLINE