fbpx

TNB terus angkat agenda modal insan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Takiyuddin (belakang, kiri dua) menyempurnakan Majlis Penganugerahan Biasiswa YTN 2021 secara hibrid itu di ILSAS Jumaat lalu (1 Oktober 2021).

PETALING JAYA – Tenaga Nasional Berhad (TNB), menerusi Yayasan Tenaga Nasional (YTN) meneruskan sumbangannya kepada agenda pembangunan modal insan negara dengan menganugerahkan biasiswa kepada 93 pelajar untuk melanjutkan pelajaran di universiti tempatan dan luar negara.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, usaha murni ini sebagai manifestasi hubungan bermakna rakyat bersama TNB dan beliau juga merakamkan penghargaan kepada usaha TNB yang bersama-sama membantu kerajaan.

“Bagi pihak kerajaan persekutuan, saya merakamkan penghargaan kepada Tenaga Nasional Berhad atas usaha untuk bersama-sama membantu kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat, terutamanya selepas negara menghadapi pandemik COVID-19 yang masih belum berakhir pada masa ini.

“Saya difahamkan TNB melalui YTN telah belanjakan sebanyak RM426 juta dalam tempoh ‘regulatory period’ (RP2) dari tahun 2018 hingga Julai 2021 untuk pembiayaan penajaan pendidikan biasiswa,” katanya pada Majlis Penganugerahan Biasiswa YTN 2021.

Tambahnya lagi, penajaan pendidikan oleh TNB sangat bermakna bagi membantu kerajaan meningkatkan taraf hidup rakyat, terutamanya pelajar golongan berpendapatan rendah, B40.

“Inisiatif TNB untuk sentiasa bersama-sama rakyat dalam hal pendidikan ini adalah usaha murni yang sarat dengan nilai-nilai keprihatinan demi kesejahteraan negara secara umumnya.

“Ia juga merupakan manifestari hubungan yang amat bermakna antara rakyat sebagai pelanggan kepada TNB, yang kaya dengan falsafah saling memakmurkan di antara satu sama lain,” tambahnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Ir. Baharin Din berkata, TNB komited untuk sentiasa membantu usaha kerajaan meningkatkan modal insan berkualiti untuk pertumbuhan negara.

“Kami di TNB percaya bahawa menerusi peluang pendidikan, potensi modal insan akan dapat digilap dan seterusnya akan menyumbang kepada peningkatan tahap hidup rakyat serta menyumbang kepada pembangunan negara.”

“Kami percaya pendidikan adalah antara punca yang boleh mengubah kehidupan masyarakat, oleh itu TNB kekal komited untuk meneruskan program ‘re-engineering’ masyarakat ini melalui pendidikan.”

Sepanjang tempoh pengajian, TNB memperuntukkan kira-kira RM35 juta untuk biasiswa dengan kos RM1 juta seorang di luar negara dan antara RM120,000 hingga RM140,000 bagi pengajian di dalam negara. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI