fbpx

Tiga syarikat dipilih bekal kit ujian kendiri Covid-19 – Radzi Jidin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) telah bersetuju memberikan kontrak kepada tiga syarikat untuk membekalkan kit ujian kendiri Covid-19 melibatkan nilai kontrak berjumlah RM9.72 juta.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin berkata, penghantaran kit ujian saringan kendiri Covid-19 ini telah disempurnakan oleh semua syarikat ke 140 Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) di seluruh negara.

Beliau berkata, pemilihan tiga syarikat tersebut dibuat hasil rundingan dan persidangan Jawatankuasa Rundingan Harga bersama enam buah syarikat pada 10 September lalu.

“Hasil daripada rundingan tersebut, Jawatankuasa Rundingan Harga telah mengenal pasti tiga syarikat yang memenuhi asas pertimbangan yang telah ditetapkan.

“KPM telah mengeluarkan Surat Setuju Terima pada 13 September lalu kepada tiga syarikat yang berjaya dengan nilai kontrak keseluruhan berjumlah RM9.72 juta,” katanya pada Sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad yang meminta Menteri Kanan Pendidikan menyatakan butiran proses perolehan kit ujian kendiri untuk sekolah-sekolah termasuk kos yang dikeluarkan oleh pihak kementerian.

Tambah Radzi, penghantaran kit ujian saringan kendiri Covid-19 ini telah disempurnakan oleh semua syarikat ke 140 PPD dan JPN seluruh negara pada 25 September lalu.

“Untuk makluman, pembekalan kit ujian ini adalah untuk sesi pembukaan sekolah pada Oktober hingga Disember depan” katanya.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI