fbpx

Tegur ‘founder’ bukan mahu tumpang populariti- Asma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asma'

PETALING JAYA- Pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun menyifatkan teguran yang diberikan kepada seseorang ‘founder’ bukanlah bertujuan untuk meraih populariti ataupun mengejar sesuatu rating.

Sebaliknya, Asma’ berkata, teguran itu dibuat sebagai kewajipan menyambung perjuangan Nabi Muhammad dalam usaha menyelamatkan lebih ramai umat Islam daripada melakukan perkara dilarang Allah.

Menurutnya, masyarakat harus faham golongan pendakwah bukan mahu membuat kerja tuhan tetapi cuba melaksanakan kerja diperintahkan sebagai saudara sesama Islam.

“Saya juga sayang dan hormat kamu, tapi lebih baik sayang kepada masyarakat dan generasi anak-anak kita yang telah dirosakkan minda dan akhlak oleh sebahagian selebriti, influencer, founder dan sesiapa sahaja tidak bermoral di media sosial.

“PU Syed, pendakwah, orang awam, termasuk saya menegur bukan mahu tumpang populariti sesiapa atau kejar rating kerana popular bukan satu kebanggaan atau anugerah,” tulisnya menerusi hantaran Facebook tadi.

Jelasnya, populariti diraih seseorang hanyalah satu alat dan amanah untuk digunakan ke arah kebaikan serta mencegah kemungkaran.

“Sebenarnya sudah lama saya menerima aduan khusus tentang beliau dan kebimbangan ramai pihak terhadap normalisasi aksi dan percakapan tidak baik secara terbuka.

“Sungguh saya terkesima melihat beberapa video beliau dan berasa terkilan apabila turut melibatkan si anak, maaf saya tidak sanggup tengok lebih banyak,” ujarnya.

Menurutnya, situasi itu merupakan satu barah yang kronik terutama dalam kalangan founder.

“Kalian teruja apabila tontonan di media sosial meningkat begitu juga jualan walaupun dengan maksiat dijalankan secara terbuka atas dasar pemasaran,” katanya.

Semalam, Kosmo! Online melaporkan PU Syed menyifatkan usahawan produk kecantikkan, Kak KM sebagai masih lagi mempunyai iman apabila berasa sentap dengan teguran yang dibuat baru-baru ini.

Menurut PU Syed, apabila Kak KM berasa sentap dengan tegurannya ia memberi terjemahan bahawa wanita itu masih mempunyai iman dalam diri.

“Berubahlah, kerana nyawa itu bukan dalam kawalan kita, sekejap sahaja Allah boleh tarik. Ramai yang jadi jutawan dengan berniaga dan membuat iklan patuh syariah, maka rezeki akan berkat,” katanya. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI