fbpx

Tayang gambar pasport, MK jadi calon suami idaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR pasport yang dimuat naik MK tarik perhatian ramai.

JIKA sudah namanya lelaki kacak, muat naiklah apa sahaja foto, pasti akan mengundang perhatian ramai.

Terbaharu, MK yang digilai ramai gadis sekali lagi mengundang rasa resah peminatnya selepas memuat naik foto memaparkan gambarnya berukuran pasport.

“Okey tak gambar untuk sijil kita nanti?” katanya.

Seperti biasa, terdapat netizen khususnya golongan wanita teruja, malah ada yang membayangkan MK merupakan bakal suami mereka.

Semuanya gara-gara Zizi Kirana pernah memuat naik fotonya yang berukuran pasport dengan Yusuf Bahrin bagi mengumumkan pernikahan mereka.

Lain macam ya imaginasi netizen hari ini. Tidak mengapalah, tak salah pun hendak berangan, jodohkan di tangan Tuhan.

MIZZ LAHAR: Lakonan Sherie Merlis dalam drama i-Tanggang memang hebat. Tolonglah beri anugerah pelakon wanita terbaik kepadanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI