fbpx

Sri Pahang masih miliki harapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DOLLAH menyatakan tidak bimbang mengenai masa depannya bersama Sri Pahang, sebaliknya masih bersemangat untuk memastikan skuad Tok Gajah kembali di landasan pada saingan Piala Malaysia.

Ketua jurulatih Sri Pahang, Dollah Salleh mengakui tidak terlalu tertekan memikirkan posisinya selaku pengendali selepas menyaksikan Sri Pahang FC memulakan kempen Piala Malaysia dengan langkah kiri.

Sebagai rekod, skuad Tok Gajah gagal meraih sebarang mata selepas tewas pada dua perlawanan Kumpulan A kepada Kuala Lumpur City (KL City) dan Sarawak United ­minggu lalu, sekali gus memberi tekanan dalam usaha pasukan melangkah ke peringkat suku akhir.

Kata Dollah, fokus dan tumpuannya ketika ini adalah untuk mencari jalan memastikan pasukan tidak tersingkir awal berbanding risau tentang status jawatannya sebagai ketua jurulatih Sri Pahang.

“Sebenarnya saya sudah lali dengan benda seperti ini sebab macam-macam rintangan saya sudah tempuh dalam karier.

“Ada pahit dan ada manis, jadi saya tiada berfikir negatif sangat mengenai perkara macam ini dan mahu cakap tertekan sangat pun, tiada la sampai macam itu.

“Apa yang penting sekarang, saya tetap positif dan saya lebih fikirkan macam mana kita mahu tempuh perlawanan-perlawanan akan datang, itu sahaja,” katanya dalam satu ke­nyataan semalam.

Mengulas lanjut, pengendali berusia 58 tahun itu mahu pasukan belajar daripada kesilapan dan berusaha untuk memperbaiki kelemahan apabila saingan Piala Malaysia kembali bersambung pada 29 Oktober nanti.

“Secara jujur, memang saya boleh katakan agak bergelut untuk mara ke suku akhir, tetapi sekarang bukan masa untuk mengangkat bendera putih sebab macam mana pun kami kena terus berjuang juga.

“Masing-masing kena fikir macam mana kita mahu atasi benda ini dan untuk dapatkan balik kemenangan sebab kita bukan tiada peluang, masih ada peluang lagi untuk menang, cuma kena lebih positif dan perbaiki balik kelemahan”, katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI