fbpx

SPRM siasat dakwaan Idris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron (kiri) mengadakan sidang akhbar di Dewan Cruise, Puteri Qashrina Chalet, Pantai Puteri, Melaka. Gambar RASUL AZLI SAMAD

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mendapatkan maklumat daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron berhubung isu pembolotan projek ekonomi dan menipu Kerajaan Persekutuan berkaitan royalti pasir di Melaka.

SPRM dalam satu kenyataan berkata, pihaknya memandang serius dakwaan tersebut dan akan menghantar pegawai untuk mengadakan perjumpaan dengan Idris bagi tujuan berkenaan.

“Ingin ditegaskan bahawa kegagalan untuk melaporkan mana-mana salah laku di bawah Akta SPRM merupakan satu kesalahan yang boleh didakwa mengikut Seksyen 25 Akta SPRM 2009,” katanya hari ini.

Idris dalam satu temubual kelmarin mendakwa perbuatan tersebut dilakukan oleh pemimpin UMNO.

Atas sebab tersebut, beliau menarik sokongan terhadap Kerajaan Negeri Melaka dengan tujuan menyelamatkan UMNO pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI