fbpx

Perak siap sedia terima pengunjung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nolee Ashilin (tengah)menyaksikan pemberian Cek tunai yang disampaikan oleh Amir Mohamad Zubir (kiri) untuk pemenang tempat pertama dalam Pertandingan Kategori Fotografi Burung.- Foto oleh WAT KAMAL ABAS

TAIPING – Kerajaan negeri Perak telah bersedia bagi pembukaan negeri ini apabila kebenaran rentas sempadan bakal diberikan tidak lama lagi.

Persiapan juga telah dilakukan oleh para pemain industri pelancongan untuk menerima pengunjung ke tempat mereka

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata, pihak-pihak terbabit juga telah bersedia dengan pematuhan (SOP) yang ditetapkan.

Menurut beliau, pintu masuk ke Pulau Pangkor juga akan dikawal sebaik mungkin bagi memastikan pengunjung telah cukup syarat menurut garis panduan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Awalnya perancangan untuk membuka gelembung pelancongan di Pulau Pangkor dengan mengadakan syarat -syarat asas bagi pematuhan SOP sekiranya diluluskan.

“Namun, bila rentas sempadan negeri dibuka terlebih dahulu maka pematuhan SOP perlu dilakukan mengikut garis panduan yang telah dikeluarkan oleh pihak MKN,” ujarnya selepas menyempurnakan majlis Penutupan Acara Pelancongan Taiping Bird Week 2021. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI