fbpx

Pelajar pukul kepala guru akibat pengaruh trend TikTok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Berdasarkan trend tersebut, pelajar perlu memukul kakitangan sekolah. – Getty Images

LANCASTER, CAROLINA SELATAN – Sekurang-kurangnya seorang guru di negeri Carolina Selatan, Amerika Syarikat (AS) diserang murid kerana mereka terpengaruh dengan trend terbaharu TikTok yang memerlukan pelajar memukul kakitangan sekolah, lapor akhbar Daily Star semalam.

Sekolah Daerah Lancaster mengeluarkan amaran mengenai trend terbaharu yang menular dalam kalangan pelajar itu selepas seorang guru dipukul pada bahagian belakang kepala oleh murid di sekolah.

“Terdapat kes pelajar sekolah rendah menyerang seorang guru dengan memukul bahagian kepala guru tersebut.

“Sikap sebegini adalah sama seperti mencuri serta merosakkan harta benda awam, dan ia bukan satu gurauan, sebaliknya tindakan jenayah,” kata Pengarah Keselamatan Sekolah dan Perkhidmatan Pengangkutan, Bryan Vaughn.

Tambah Vaughn, mana-mana pelajar yang didapati menyerang pekerja sekolah secara fizikal perlu bertanggungjawab dari segi undang-undang dan polisi sekolah.

Dalam pada itu, beberapa sekolah lain di AS turut mengeluarkan amaran mengenai trend berbahaya itu susulan terdapat banyak video memaparkan trend itu menjadi tular.

“Memukul guru adalah perbuatan yang amat serius. Kami tidak boleh bertolak ansur dengan tindakan ini kerana ia boleh membawa kepada akibat yang serius,” kata jurucakap sekolah-sekolah awam di Pittsburgh, Ebony Pugh. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI