fbpx

MU ghairah buru slot ke final Piala Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARISAN pemain Melaka United menikmati prestasi cemerlang apabila meraih dua kemenangan pada aksi Kumpulan C, saingan Piala Malaysia ketika ini.

KETUA jurulatih Melaka United (MU), Zainal Abidin Hassan berharap momentum cemerlang pasukan di peringkat kumpulan Piala Malaysia dapat mencetuskan semangat mereka dalam usaha memburu slot ke final saingan musim ini.

Sebagai rekod, skuad Sang Kancil telah meraih dua kemenangan pada aksi Kumpulan C meskipun mereka agak bergelut dalam saingan Liga Super apabila menduduki tangga kelapan liga secara keseluruhan.

Kata Zainal Abidin, kejohanan Piala Malaysia sentiasa memberikan keunikan tersendiri kerana ini medan terbaik buat pemain memahat sejarah dalam arena bola sepak tanah air dan tidak mustahil anak-anak buahnya mampu mencipta kejutan.

“Memang Piala Malaysia ini menjadi idaman semua pemain dan setiap jurulatih, semua orang mengidamkan untuk berada di pentas final. Ini kerana, ia piala terakhir untuk dimenangi pada setiap musim, lagi-lagi bersempena ulang tahun ke-100.

“Sebagai jurulatih, kejayaan menjuarai Piala Malaysia sudah tentu cukup istimewa dan pa­ling saya tidak boleh lupa adalah ketika berjaya bawa Pahang menjadi juara ketika tewaskan Johor Darul Ta’zim pada final 2014.

“Sekarang, saya tidak nafikan niat saya memang untuk membuat sejarah itu bersama Melaka United, tambahan pula mereka tidak pernah beraksi sehingga ke final dan pencapaian terbaik hanyalah suku akhir sebelum ini,” katanya dalam satu kenya­taan semalam.

Mengulas lanjut, bekas pe­ngendali Selangor itu turut merancang untuk mengadakan beberapa aksi persahabatan sebelum aksi peringkat kumpulan bersambung pada 29 Oktober nanti.

“Mungkin kami akan adakan perlawanan persahabatan selepas ini kerana saya mahu pemain-pemain kekalkan prestasi yang telah ditunjukkan sebelum ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI