fbpx

Mayat lelaki tersangkut celah batu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN menyelamat membawa mayat lelaki yang ditemukan tersangkut di celah batu di Sungai Tonggang, Tanjung Rambutan hari ini.

IPOH – Seorang lelaki yang dilaporkan hilang setelah terjatuh ke dalam Sungai Tonggang, Tanjung Rambutan dekat sini ditemui tersangkut pada celah batu hari ini.

Mayat Mohammad Ridzwan Mohd. Kassim, 20, itu dijumpai pasukan mencari dan menyelamat pada pukul 10 pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, Mohd. Azman Husin berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada pukul 8.17 pagi dengan sepasukan anggota dihantar ke tempat kejadian.

Katanya, anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) telah membuat pencarian kira-kira sejauh 2.5 kilometer dari tempat mangsa dilaporkan terjatuh.

“Pencarian dilakukan di permukaan dan kawasan lubuk dan tebing-tebing sekitar sungai. Mangsa dijumpai tersangkut di celah batu kira-kira 500 meter dari tempat dia terjatuh,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, mayat mangsa dibawa naik ke tebing untuk diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI