fbpx

Libas parang sebab tekanan perasaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LOKASI seorang lelaki yang mengamuk dan melibas sebilah parang di tempat awam di Jalan Hospital, Kota Bharu semalam. FOTO MEDIA SOSIAL

KOTA BHARU – Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai mengalami tekanan perasaan selepas didapati mengamuk dengan melibas sebilah parang kepada orang awam di dalam sebuah bangunan di Jalan Hospital di sini semalam.

Tindakan agresif suspek yang berusia 55 tahun dan berasal dari Bachok itu berjaya dihentikan selepas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menyembur pancutan air pada pukul 12 tengah hari.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Wan Khairuddin Wan Idris berkata, kejadian disedari oleh orang awam selepas melihat suspek bertindak melibas sebilah parang yang berada dalam genggamannya.

Menurutnya, orang awam yang bimbang dengan tindakan itu telah menghubungi pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Semburan air bomba itu berjaya menghentikan suspek daripada terus mengamuk di situ, namun lelaki tersebut mengalami kecederaan pada bahagian mata kiri akibat terkena pancutan air.

“Suspek kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini dan telah direman selama empat hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut,” katanya.- K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI