fbpx

Konstabel maut, kereta terbabas rempuh tiang elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu mangsa selepas merempuh sebatang tiang elektrik di Kampung Tasek Berangan, Pasir Mas semalam.

PASIR MAS – Seorang anggota polis berpangkat konstabel maut selepas kereta yang dipandunya terbabas sebelum merempuh sebatang tiang elektrik di Kampung Tasek Berangan di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 12.03 tengah malam itu, mangsa, Lokmanal Hakim Abdullah, 30, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, siasatan awal mendapati, mangsa yang memandu kereta jenis Perodua Myvi sedang dalam perjalanan dari arah Repek menghala ke Pohon Tanjung untuk pulang ke rumahnya di Kampung Banggol Kong di sini.

Menurutnya, mangsa dipercayai memandu dalam keadaan laju sebelum kereta itu terbabas merempuh sebatang tiang elektrik.

“Insiden itu menyebabkan mangsa cedera parah pada bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Pasir Mas di sini untuk dibedah siasat dan telah dituntut oleh ahli keluarganya untuk urusan pengebumian,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI