fbpx

[VIDEO] Kes dadah Zarina Anjoulie ditetapkan semula 11 November

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZARINA Anjoulie bersama dua peguamnya tiba di Kompleks Mahkamah Seremban untuk kes sebutan semula kes dadah, Jun lalu. - Foto oleh MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

SEREMBAN – Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 11 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes dadah melibatkan selebriti sensasi, Zarina Anjoulie pada Jun lalu.

Tarikh tersebut ditetapkan oleh Majistret, Mohd. Firdaus Salleh, selepas proses penyerahan dokumen selesai dilakukan hari ini.

Terdahulu, Zarina atau nama penuhnya, Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul, 34, tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Seremban pada pukul 8.40 pagi dengan berpakaian jubah lengkap dengan selendang hitam bersama dua peguamnya.

Pada prosiding itu, pihak pembelaan telah menerima dokumen berhubung kes tersebut daripada pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Zainul Hashimi.

Ia diserahkan pihak pendakwaan kepada peguam yang mewakili pasangan selebriti itu, Ahmad Faiz Munawar dan Fadhli Sutris.

Sementara itu, Zarina berkata, dia bersama pihak peguam akan berusaha yang terbaik untuk mendapatkan pembelaan sewajarnya.

Pada 13 September lalu, Zarina didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan menggunakan dadah jenis methamphetamine pada Jun lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI