fbpx

Kerjasama UMNO, PN pada PRN Melaka diputuskan 14 Oktober

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR- Keputusan sama ada UMNO akan bertanding secara sendirian atau bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan diputuskan pada pada 14 Oktober ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, perkara itu akan diputuskan selepas Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang bermesyuarat pada hari tersebut.

Beliau berkata, setakat ini tiada apa-apa keputusan kerjasama dibuat seperti mana yang disebut Timbalan Presiden UMNO sebelum ini.

“Pada hari Khamis 14 Oktober, akan diadakan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi, seminggu dari sekarang. Saya rasa tentunya akan dibincang sebab mesyuarat bulanan dipercepatkan, selalunya mesyuarat MKT ini pada hujung hujung bulan.

“Tapi kali ini dibuat di pertengahan bulan untuk kita memuktamadkan,” katanya pada sidang akhbar di Parlimen hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Maslan berkata, keputusan sama ada ingin mengadakan PRN atau tidak akan diputuskan dalam mesyuarat Kabinet esok.

“Itu tentulah tanggungjawab Perdana Menteri dan terpulang kepada beliau. Perkara seperti ini amat besar dan tentunya akan diputuskan dalam Kabinet agaknya.

“Difahamkan esok akan ada mesyuarat Kabinet dan tentulah perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan. Kita tunggu keputusan dari semasa ke semasa,” katanya.

Pada masa sama, Ahmad Maslan memberitahu, pihaknya telah menyerahkan surat rasmi pengguguran keahlian dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali kelmarin.

Katanya, dua ADUN terbabit ialah Ahli Parlimen Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron dan Ahli Parlimen Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI