BARU-BARU ini pelakon jelita Izara Aishah berkongsi beberapa keping fotonya ketika makan malam bersama suami iaitu Adib Khalid sempena ulang tahun kelahirannya di sebuah restoran terkemuka di ibu negara.
Kecantikan Izara yang tampil mengenakan busana seperti jubah berwarna putih itu mengundang rasa kagum daripada netizen, sehingga ada yang menggelarkannya sebagai bidadari dunia.
“Sebelum ini dia tidak bertudung pun sudah cantik, apatah lagi selepas berhijab. Persis bidadari,” puji seorang netizen.
Malah, terdapat juga pengguna Twitter yang sedang hamil mahu lama-lama menatap wajah Izara agar bayi yang dilahirkan cantik seperti aktres filem Sejoli itu.
“Cantik betul Izara, nak tengok muka awak lama-lama. Saya akan melahirkan anak tidak lama lagi,” seloroh seorang netizen.
Dalam ciapan lain, Izara turut berkata bahawa setiap wanita akan bertambah cantik 70 kali ganda ketika berada dalam syurga.
“Awak tahu tak bahawa awak lebih cantik daripada bidadari? 70 kali ganda lebih cantik apabila di syurga.
“Bukan saya yang kata tetapi Allah SWT yang kata. Jumpa anda di syurga,” ciapnya.
Pesanan ringkas Mizz Lahar, jangan cemburu dengan kejelitaan orang lain kerana setiap manusia mempunyai kecantikan diri masing-masing.
MIZZ LAHAR: Ramai artis yang sudah mula aktif bekerja. Semoga kehidupan semua orang bertambah baik selepas ini.