PETALING JAYA – Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, harga syiling kit ujian kendiri Covid-19 akan diturunkan harga tidak lama lagi.
Jelasnya, harga syiling kit ujian itu perlu diturunkan daripada harga semasa bagi menggalakkan orang ramai membuat pemeriksaan sendiri ketika kebenaran rentas negeri dibenarkan.
“Saya sudah jumpa dan bincang dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bagi menurunkan lagi harga syiling kit kendiri.
“Perbincangan telah dilakukan, namun ketika ini kita terpaksa habiskan stok sedia ada sebelum harga baharu diumumkan,” katanya ketika sidang akhbar khas sebentar tadi.
Ketika ini harga syiling bagi kit ujian kendiri Covid-19 telah ditetapkan pada harga RM19.90. – K! ONLINE.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929