fbpx

DUN bubar, fungsi kerajaan Melaka tidak terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ts. Kamel meninjau proses vaksinasi Covid-19 masyarakat Orang Asli di Balai Raya Taman Kejora, di sini hari ini.

MELAKA – Fungsi kerajaan negeri ini tetap berjalan seperti biasa tanpa campur tangan politik selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN), kelmarin.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ts. Kamel Mohamad berkata, agenda pembangunan kerajaan negeri tidak terjejas, malah kakitangan awam akan terus bergerak dalam satu pasukan untuk melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

“Agenda pembangunan ekonomi Melaka berjalan seperti biasa dan pengurusan ini dilaksanakan oleh semua penjawat awam sama ada dilantik pada peringkat negeri mahupun kerajaan Pusat.

“Setakat ini kita tidak berhadapan masalah, semuanya berjalan lancar termasuk program vaksinasi dan persiapan untuk menerima semula kemasukan pelancong serta para pelabur seiring dengan peralihan Pelan Pemulihan Negara (PPN),” katanya selepas meninjau proses vaksinasi Covid-19 masyarakat Orang Asli di Balai Raya Taman Kejora, di sini hari ini.

Mengulas lanjut mengenai pertikaian pihak Pakatan Harapan (PH) mengenai keabsahan kerajaan sementara Melaka yang di bawah pentadbiran caretaker Datuk Seri Sulaiman Md. Ali, beliau memberitahu perkara tersebut diserahkan kepada pihak bertanggungjawab untuk diuruskan mengikut proses perundangan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI