ALOR SETAR – Dua maut setelah kereta dinaiki terbakar dalam satu kemalangan berdekatan sebuah pasar raya besar di Jalan Lebuh Raya Sultanah Bahiyah di sini awal pagi ini.
Mangsa melibatkan seorang lelaki yang masih belum dikenal pasti identiti dan seorang remaja dikenali sebagai Tan Sun Wen, 19.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kedah, Sayani Saidon berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada pukul 3.11 pagi sebelum tujuh anggota dikejarkan ke tempat kejadian.
“Semasa pasukan operasi tiba di lokasi didapati kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi dengan keadaan api marak dipercayai berpunca daripada kemalangan jalan raya yang berlaku setelah kenderaan itu terbabas.
“Api berjaya dipadamkan pada pukul 3.25 pagi dan komander operasi melaporkan terdapat dua mangsa di dalam kereta tersebut,” katanya di sini hari ini.
Katanya, seorang mangsa berada di tempat duduk pemandu berjaya dikeluarkan pada pukul 4.59 pagi dan seorang di tempat duduk penumpang berjaya dikeluarkan pada pukul 4.55 pagi. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929