PETALING JAYA – Kebenaran merentas negeri dijangka akan berlaku dalam masa terdekat selepas unjuran 90 peratus kadar vaksinisasi dewasa tercapai.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar telah memberi bayangan bahawa kebenaran merentas negeri akan berlaku dalam tempoh beberapa hari sahaja lagi.
“Kebenaran merentas negeri tinggal beberapa hari sahaja lagi,” jelasnya ketika sidang akhbar khas sebentar tadi.
Dalam pada itu, Khairy berkata, cadangan pemeriksaan kepada golongan yang belum divaksin di setiap sekatan jalan raya (SJR) ketika kebenaran merentas negeri diberi tidak akan berlaku.
“Kita tidak akan lakukan pemeriksaan di setiap SJR, orang akan marah dan akan berlakunya kesesakan jalan raya sebab orang dah lama tidak pulang ke kampung.
“Apa yang boleh kami buat adalah dengan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada akan dikekalkan antaranya golongan ini tetap tidak dibenarkan dine-in di kedai makan. SOP sedia ada akan terus dijalankan setelah kebenaran rentas negeri dibenarkan,” katanya. – K! ONLINE.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929