fbpx

29 individu ditahan pandu lori tanpa lesen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adenan (kiri) ketika memeriksa pemandu sebuah kenderaan berat di Stesen Penguatkuasaan JPJ Valdor di Nibong Tebal hari ini.

SEBERANG PERAI – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesan 29 individu yang memandu lori tanpa lesen sah dalam Ops Kenderaan Perkhidmatan Barangan (KPB) di negeri ini yang berlangsung selama empat hari berakhir hari ini.

Pengarah JPJ negeri, Adenan Md. Isa berkata, operasi itu menyasarkan beberapa jenis kenderaan termasuk lori membawa sampah, lori membawa mesin atau jentera berat serta trak tunda.

Menurut beliau, pemandu warga tempatan yang ditahan itu didapati sedang dalam perjalanan untuk menghantar barangan ke negeri lain, manakala mereka yang tidak memiliki lesen memandu tidak dibenarkan meneruskan perjalanan sehingga ada pemandu gantian.

“Antara kesalahan utama yang kita kesan adalah tidak memiliki lesen memandu biasa (CDL) iaitu sebanyak 35 kes dan 29 kes tidak memiliki lesen memandu kenderaan barangan (GDL).

“Tindakan mereka (pemandu tanpa lesen) ini sebenarnya amat tidak bertanggungjawab dan ini boleh merugikan serta menyusahkan sekiranya berlaku kemalangan,” katanya kepada pemberita ketika memantau operasi itu di Stesen Penguatkuasaan JPJ Valdor di Nibong Tebal di sini, hari ini.

Beliau menambah, sepanjang operasi itu, sebanyak 136 notis saman bernilai RM40,800 dikeluarkan daripada 358 kenderaan diperiksa, manakala 102 daripadanya telah dikenakan tindakan.

“Turut dikesan adalah dua buah lori yang cukai jalannya telah tamat tempoh serta tidak memiliki insurans kenderaan,” katanya lagi. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI