fbpx

Warga asing ditahan, 4,223 karton rokok seludup dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek warga asing yang ditahan bersama 4,223 karton rokok seludup dalam serbuan di sebuah premis di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Serdang, semalam.

SERDANG – Seorang lelaki warga asing ditahan bersama 4,223 karton rokok seludup dalam serbuan di sebuah premis di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan di sini, semalam.

Pegawai Pemerintah Batilion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA), Superintendan Rizal Mohamed berkata, lelaki berusia 25 tahun itu ditahan dalam serbuan pada pukul 2.45 petang.

“Hasil serbuan, kita telah merampas 4,223 karton rokok seludup yang dianggarkan bernilai RM168,204.

“Kita turut merampas sebuah kenderaan dan telefon bimbit menjadikan jumlah keseluruhan rampasan berjumlah RM752,144,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau memberitahu, suspek telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang untuk tindakan lanjut mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Kastam 1967.

“Kita percaya dengan penahanan suspek, polis berjaya menyekat satu aktiviti pengedaran rokok tidak bercukai di sekitar Seri Kembangan.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung aktiviti menyalahi undang-undang boleh menyalurkan kepada pihak polis,” jelasnya. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI