fbpx

Udara tercemar pengaruhi kelahiran bayi pramatang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KELAHIRAN bayi pramatang boleh berlaku jika ada pencemaran udara. – GAMBAR HIASAN

PENCEMARAN udara mungkin menjadi antara penyebab kepada enam juta kelahiran pramatang dan tiga juta bayi kurang berat badan di seluruh dunia pada setiap tahun.

Menurut penyelidik, analisis yang menggabungkan hasil daripada pelbagai kajian ilmiah melihat kepada kesan global pencemaran udara luaran dan dalaman yang digabungkan.

Pencemaran dalaman datang dari dapur memasak yang membakar bahan bakar pepejal seperti arang batu atau kayu.
Ia merangkumi hampir dua pertiga jumlah kesan pencemaran terhadap kehamilan pada 2019.

Hal ini sering berlaku di beberapa kawasan di Asia Tenggara dan Sub Sahara, Afrika.

“Pada tahap individu, pendedahan pencemaran udara dalaman membawa kesan lebih tinggi berbanding di luar.

“Jadi, kalau boleh hendaklah minimumkan pendedahan pencemaran udara dalaman.

“Ini dapat membantu mengatasi masalah ini,” kata Rakesh Ghosh yang merupakan seorang ahli epidemiologi di Universiti California, Amerika Syarikat dan juga penyelidik utama dalam isu ini.

Bagi kajian ini, pasukan Rakesh meneliti 108 kertas penyelidikan mengenai pencemaran dalaman dan luaran yang berkaitan dengan empat risiko kehamilan utama.’

Ini meliputi usia kehamilan semasa kelahiran, penurunan berat lahir, berat lahir rendah dan kelahiran pramatang untuk 204 negara.

Pencemaran udara biasanya diukur sesuai dengan paparan zarah halus yang lebih kecil daripada 1.5 mikron.

Setelah dihirup, ukuran zarah ini memungkinkan ia diserap jauh ke dalam alirah darah yang berpotensi menyebabkan masalah kesihatan kepada individu.

Dalam pada itu, lebih 92 peratus populasi global tinggal di kawasan yang mana kualiti udara luar berada di bawah had yang disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI