fbpx

TUDM perkemas SOP persenjataan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ikmal Hisham

PETALING JAYA – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan menambah baik dan mengemas kini prosedur operasi standard (SOP) pengendalian dan pengurusan senjata susulan insiden tembakan membabitkan empat anggotanya di Kem Kota Samarahan, Kuching, Sarawak pada 13 Ogos lepas.

Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata, perkara itu antara elemen yang dikaji dan disiasat Lembaga Penyiasatan yang ditubuhkan TUDM bagi mengelakkan insiden sama berulang.

“Insiden itu adalah kes yang terpencil kerana dalam situasi latihan atau urusan melibatkan senjata api, ia tak boleh diambil atau digunakan sewenang-sewangnya.

“Apa yang berlaku itu adalah amat dikesali dan tidak dijangka, insya-Allah, Panglima TUDM akan memaklumkan hasil siasatan lembaga berkenaan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Rubiah Wang (GPS-Kota Samarahan) mengenai langkah yang diambil kementerian untuk mengelakkan kejadian sama berulang.-K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI