fbpx

RUU 355 masih dalam kajian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Idris

PETALING JAYA – Kerajaan masih dalam peringkat kajian dari pelbagai aspek terutamanya daripada perlembagaan, undang-undang dan hukum syarak agar Rang Undang-Undang (RUU) 355 lebih komprehensif dan dapat memperkasa bidang kuasa jenayah mahkamah Syariah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad berkata, sepanjang 2020 dan 2021, kerajaan melalui Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil, Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM) telah mengadakan beberapa siri mesyuarat bagi membincangkan RUU Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2021 (RUU 355).

“Mengenai RUU Kawalan dan Sekatan Pengembangan Doktrin atau Kepercayaan Agama dalam Kalangan Orang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2021, Jawatankuasa Teknikal turut mengadakan beberapa siri mesyuarat sepanjang tahun lalu dan 2021 bagi membincangkannya.

“Selain itu, Jawatankuasa Teknikal turut menubuhkan sebuah jawatankuasa kecil khusus bagi meneliti secara lebih mendalam RUU Kawalan tersebut seterusnya mencadangkan penambahbaikan terhadap RUU berkenaan bagi memastikan ia selaras dengan Perlembagaan Persekutuan,” katanya pada sesi Pertanyaan Lisan di Dewan Rakyat di Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahmad Fadhli Shaari (Pas-Pasir Mas) berhubung status RUU 355 dan RUU Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam yang sudah sedia dibawa ke rundingan bersama negeri-negeri pada tahun lepas.-K!  ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI