fbpx

Radzi buat laporan polis susulan gambar tular tidak jaga penjarakan fizikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Radzi yang tular di media sosial tersebut.

PUTRAJAYA – Menteri Kanan (Pendidikan) Datuk Dr. Radzi Jidin menafikan satu hantaran di Facebook kononnya beliau tidak melakukan penjarakan fizikal ketika sidang akhbar di sebuah sekolah baru-baru ini.

Radzi menerusi hantaran di Facebook hari ini berkata, beliau telah menyemak foto berkenaan dan mendapati ia adalah gambar palsu.

Menurutnya, pihaknya sudah membuat satu laporan polis berhubung dakwaan itu.

“Saya dimaklumkan tentang satu hantaran di Facebook yang tular bersama sekeping gambar yang menunjukkan seolah-olah langsung tiada penjarakan fizikal sewaktu saya mengadakan satu sidang akhbar.

“Seingat saya, selain Ahli Parlimen Dungun Wan Hassan Mohd. Ramli dan Exco Pendidikan Terengganu, Ustaz Satiful Bahari Mamat, tiada sesiapa berada di sebelah saya ketika sidang media di Sekolah Menengah Sains Dungun pada 3 Oktober lalu.

“Setelah disemak, gambar tersebut sebenarnya adalah gambar palsu,” katanya.

Katanya, tindakan berniat jahat pemilik akaun tersebut adalah amat tidak bertanggungjawab. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI