IPOH – Kinta Properties telah melancarkan fasa baharu kediaman Sunflower, di bandar terancangnya Bandar Baru Sri Klebang (BBSK) di sini dengan rekaan yang elegan, luas dan mampu milik di bawah harga RM300,000.
Pengurus Jualan Kinta Properties, Karen Wong berkata, untuk fasa tersebut, hanya 56 unit kediaman ditawarkan dengan insentif rebat untuk pembeli terawal, dikecualikan duti setem dan juga diskaun untuk lot bumiputera.
Menurut beliau, kediaman yang memiliki empat bilik tidur dan tiga bilik mandi, ruang tamu dan ruang makan dengan pelan terbuka serta dilengkapi dapur yang luas dijual pada harga bermula RM298,800.
“Ini adalah masa yang tepat untuk memiliki kediaman yang terletak di presint terbaru dalam Bandar Baru Sri Klebang.
“Pembeli bukan sahaja dapat menikmati fasiliti yang elit tetapi juga mendapat akses terdekat ke Bandar Meru Raya, Terminal Amanjaya pasar raya besar Mydin dan juga kemudahan lain,” katanya dalam satu kenyataan.
Selain itu, pembeli juga akan dapat menikmati pakej premium ‘K4U’, yang mana ia menawarkan khidmat nasihat daripada pakar kewangan, jaminan rumah dilanjutkan sehingga 40 bulan selain insurans isi rumah selama dua tahun.
Turut ditawarkan adalah pemasangan siap meter bekalan air dan elekrik selain internet jalur lebar percuma selama dua tahun.
Tambah Wong, kawasan kediaman yang berada antara Bandar Meru Raya dan Chemor itu juga hanya terletak dalam lingkungan tiga kilometer dari pusat beli-belah AEON Klebang, berdekatan restoran dan juga bank.