fbpx

Premis judi baru seminggu beroperasi diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara barangan yang dirampas dalam serbuan di sebuah premis di Desa Tasik di sini semalam.

KUALA LUMPUR – Premis perjudian dalam talian yang baru beroperasi kira-kira seminggu di Desa Tasik, Sungai Besi di sini diserbu polis semalam.

Serbuan pada pukul 11 malam itu telah dilakukan sepasukan pegawai dan anggota polis yang diketuai Ketua Balai Polis Sungai Besi, Inspektor Muhammad Sallehuddin Drahaman.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, serbuan tersebut telah membawa kepada penahanan seorang lelaki warga tempatan yang bekerja sebagai penjaga premis.

“Kita telah merampas lima buah tablet dan beberapa barangan yang digunakan untuk kegiatan perjudian dalam talian termasuk wang tunai sebanyak RM120.

“Siasatan awal mendapati, premis berkenaan dipercayai mula beroperasi kira-kira seminggu yang lalu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Muhammad Idzam memberitahu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan judi dalam talian di daerah ini diminta menghubungi Ketua Polis Balai Polis Sungai Besi, Muhammad Sallehuddin di talian 03-90582222.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI