fbpx

Pesakit pulih atasi pesakit baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kes sembuh masih melepasi kes harian dengan 13,045 kes dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sembuh daripada Covid-19 sebanyak 2,144,681 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes harian merekodkan sebanyak 9,380 kes dengan 13 kes import, manakala sebanyak 2,303,837 kes positif Covid-19 dilaporkan sehingga kini.

“Daripada 9,380 kes harian yang dilaporkan, 181 kes (1.9 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima serta 9,199 kes (98.1 peratus) kategori satu dan dua.

“Sebanyak 851 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 447 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, terdapat 11 kluster baharu dikenal pasti terdiri daripada lima kluster tempat kerja, lima kluster komuniti dan satu kluster kumpulan berisiko tinggi kesemuanya dilaporkan di Johor, Kelantan, Selangor dan Negeri Sembilan. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI