KUALA NERUS – Penjawat awam, Romaizi Mustafa, 55, menjadi penerima ke-77,770 dan terakhir di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) yang menutup operasinya di sini hari ini.
Beliau yang juga Pegawai di Jabatan Hal Ehwal Khas di Jabatan Perdana Menteri (JPM) hanya mengetahui menjadi penerima terakhir ketika hadir ke kaunter PPV Integrasi itu pada pukul 12 tengah hari.
“Sewaktu hendak mendaftar tadi memang dah tiada penerima lain dan dimaklumkan suntikan ke atas saya akan menjadi sebahagian daripada sejarah PPV ini.
“Saya tidak sangka pula dapat sambutan dan layanan istimewa berbanding dos pertama 13 September lalu di PPV sama kerana disuntik di atas pentas di hadapan semua sukarelawan,” katanya ketika ditemui PPV UNISZA di sini hari ini.
Penutupan PPV UniSZA yang mula beroperasi 9 Jun lalu disempurnakan Pemangku Naib Canselor UniSZA, Prof. Dr. Fadzli Adam.
Romaizi mengakui agak teruja apatah lagi sewaktu suntikan dos pertama sebelum ini dilakukan di dalam khemah. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929