PETALING JAYA – Rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas termasuk yang berada di luar negara akan didaftarkan secara automatik sebagai pengundi berdaftar mulai 31 Disember depan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuching pada 3 September lalu yang memerintahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan melaksanakan Undi 18 dan pendaftaran pengundi secara automatik menjelang 31 Disember tahun ini.
“Berdasarkan keputusan itu SPR komited untuk melaksanakan proses pendaftaran pengundi secara automatik dan Undi 18. Sebab itulah semua warga Malaysia berusia 18 tahun ke atas akan didaftarkan sebagai pengundi secara automatik.
“Justeru, tiada sesiapa yang akan terkecuali termasuk mereka yang tinggal di luar negara dan tidak berminat untuk mendaftarkan diri sebagai pengundi akan didaftarkan secara automatik sebagai pemilih,” katanya ketika menjawab soalan tambahan di sesi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929