fbpx

Nelayan warga emas dikhuatiri hilang di laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Usaha-Usaha pencarian nelayan hilang di perairan Kuala Gula sedang giat dijalankan hari ini.- Foto Ihsan APMM

PARIT BUNTAR – Seorang nelayan tempatan warga emas dikhuatiri hilang di perairan Kuala Gula sejak semalam.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd. Sharenliza Ghazali berkata, pihaknya telah mengaktifkan carilamat pada pukul 9.30 malam semalam setelah mendapat laporan dari keluarga mangsa.

“Nelayan itu, Ch’ng Poh Chuan, 71, keluar ke laut kira-kira pukul 11 pagi semalam dengan menaiki sebuah sampan bernombor pendaftaran PKS 3033.

“Dia bagaimanapun tidak pulang ke rumah seperti biasa menyebabkan adik iparnya membuat laporan tentang kehilangan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Susulan laporan itu, APMM Zon Kuala Kurau telah mengatur gerak pencarian di perairan itu dengan bot Maritim Benteng 3.

“Barang -barang peribadi mangsa telah ditemui terapung dan tersangkut pada sebuah sangkar ikan di perairan Kuala Gula.

“Gerakan mencari dan menyelamat ke atas nelayan yang hilang itu masih giat dijalankan dan turut dibantu Pasukan Polis Marin, Jabatan Perikanan serta komuniti nelayan setempat merangkumi keluasan 59.56 batu nautika persegi, ” katanya.

Dalam pada itu, Mohd. Sharenliza berkata, pihaknya turut menerima laporan penemuan mayat seorang lelaki terapung diperairan Tanjung Piandang pada pukul 10.15 malam semalam.

Bagaimanapun, ,mayat terapung itu bukanlah mangsa yang dicari selain mempunyai sebarang identiti.

Mayat berkenaan dibawa balik ke Jeti Pasukan Polis Marin Kuala Kurau untuk tindakan selanjutnya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI