PETALING JAYA – Bukan hanya Proton Persona kemek ‘dikerjakan’ sebuah Perodua Myvi, malah rumah kedai milik ibu kepada pemandu kereta tersebut juga hampir roboh.
Itu nasib yang di alami seorang lelaki apabila keretanya dilanggar sebuah Perodua Myvi dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi tadi di Jalan Guchil Bayam, Kota Bharu.
Menerusi perkongsian di laman Facebook, lelaki dikenali sebagai Wan Man berkata, ketika kejadian kereta Persona bewarna merah itu diletakkan di hadapan rumah kedai milik ibunya.
Secara tiba-tiba, sebuah Myvi telah melanggar kereta miliknya sehingga kenderan itu terperosok ke dalam rumah kedai terbabit yang telah merosakkan sebahagian ruangan dan peralatan di dalamnya.
Bagaimanapun kata Wan Man, Perodua Myvi berwarna putih itu terus ‘menghilangkan diri’ selepas kejadian.
“Akibat kejadian ini, kereta saya remuk, rumah kedai ibu saya juga rosak teruk dan mungkin tidak dapat berniaga lagi selepas ini.
“Kereta saya telah diparkir elok (atas bahu jalan berdekatan longkang), tapi selepas dilanggar Myvi terus masuk ke dalam kedai sehingga bekalan elektrik di kedai juga terputus,” katanya di Facebook hari ini.
Tambah Wan Man, dia percaya Perodua Myvi model 2006 hingga 2008 itu rosak teruk bahagian depan dan lampu kabus juga tertinggal di hadapan kedainya.
“Justeru, saya meminta kerjasama orang ramai yang melihat kejadian atau mana-mana pomen (mekanik) yang didatangi Myvi berwarna putih yang rosak di bahagian hadapan supaya menghubungi saya dengan segera,”katanya.
Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna meminta lelaki terbabit membuat laporan polis agar pemandu Perodua Myvi itu dikenakan tindakan tegas.
“Buat report (laporan) polis sahaja, biar polis siasat melalui televisyen litar tertutup (CCTV) agar pelaku segera ditahan,” tulis Husin Maarop.
Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Yus Carwash yang mencadangkan agar mangsa meniliti rakaman CCTV di kawasan berdekatan.
“Cuba mintak rakaman CCTV di premis berhampiran, mungkin mereka dapat kesan nombor pendaftaran Myvi terbabit dan kemudian buat laporan polis,”ujarnya.-K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929