TIDAK tahan dengan gangguan mesej dan gambar tidak senonoh yang diterimanya saban waktu, penyanyi Ryu Sera akhirnya tampil bersuara tentang kesengsaraan yang dialaminya.
Menerusi Instagramnya, bekas anggota kumpulan 9MUSES itu turut memberi amaran keras kepada si pelaku perbuatan jijik tersebut.
“Sejak memulakan debut 11 tahun lalu, inilah pertama kali saya berdepan dengan pengalaman yang menakutkan apabila menerima kiriman mesej seksual dan gambar kemaluan lelaki.
“Mungkin keadaan ini berlaku kepada ramai lagi wanita di luar sana.
“Saya sudah menyekat penghantar mesej itu berkali-kali. Tetapi saya akui, sangat penat melalui semua ini. Akhirnya saya memilih untuk bersuara dan mendedahkan perkara berkenaan kepada umum,” katanya.
Biarpun kerap diganggu dengan mesej dan gambar-gambar tidak bermoral, Sera tetap berfikiran positif dengan mengandaikan bahawa si pelaku mungkin berdepan dengan pelbagai masalah.
“Boleh jadi, mungkin dia seseorang yang sangat sukakan seluar dalam.
“Atau dia tidak mampu nak beli walaupun sehelai seluar dalam. Mungkin juga dia mengalami trauma seksual.
“Walau apa pun, tolong jangan hantar gambar begitu lagi kepada saya.
“Saya akan cari awak. Gambar-gambar dan mesej tidak senonoh adalah satu kesalahan,” katanya.