fbpx

Malaysia tegas isu Rohingya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Malaysia serta rakan negara serantau Perhimpunan Bangsa-Bangsa Asia Tenggara (Asean) berpendirian untuk terus berusaha ke arah merealisasikan penghentian pengusiran etnik Rohingya di negara Myanmar.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, kerajaan Malaysia telah mengambil langkah mengetengahkan isu pelarian Rohingya dalam perbincangan serantau mahupun di peringkat antarabangsa.

“Pada peringkat antarabangsa khususnya Asean, Malaysia merupakan negara yang lantang bersuara menyuarakan isu pelarian etnik tersebut dan menyokong kuat usaha Asean dalam pemudah cara kembali berunding bersama Myanmar.

“Malaysia juga melihat permasaalahan etnik Rohingya dapat dicapai melalui mahkamah keadilan dan mahkamah jenayah antarabangsa yang mungkin akan dapat pembelaan sewajarnya. Di luar payung Asean, Malaysia tidak bergerak sendiri dan bekerjasama erat bersama negara-negara Asean,” katanya ketika pertanyaan jawapan lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Wong Chen (PH-Subang) yang menyatakan kedudukan Kerajaan mengenai rancangan untuk menghentikan pengusiran pelarian Rohingya dan tindakan politik dan kemanusiaan sehala yang Kerajaan sedia ambil ke atas rampasan kuasa di Myanmar, di luar daripada payung Asean. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI