KUALA PILAH – Seramai 20 orang disahkan dijangkiti Covid-19 selepas menghadiri satu majlis perkahwinan di Kampung Orang Asli Langkap, Tanjung Ipoh di sini.
Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Pengurusan Bencana Daerah (JKPBD) Kuala Pilah, Mohd. Faizal Abdul Manap berkata, saringan kontak rapat telah dijalankan pada 4 dan 5 Oktober lalu.
“Hasil saringan mendapati 20 orang positif, empat orang negatif manakala 15 orang lagi belum diketahui keputusan ujian saringan daripada keseluruhan 39 individu yang disaring.
“Ia melibatkan tujuh buah rumah keluarga yang menghadiri majlis perkahwinan pada 26 September lalu. Individu yang disaring melibatkan ahli keluarga dan tetamu sekampung yang menghadiri majlis perkahwinan berkenaan.
“Disamping itu, empat individu yang negatif dan 15 individu yang disaring telah dipakaikan gelang dan dikuarantin di rumah masing-masing selama 10 hari,” katanya ketika dihubungi hari ini.- K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929