fbpx

Lima suspek kes bunuh warga Kemboja direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga daripada lima suspek kes bunuh lelaki warga Kemboja dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini untuk perintah reman. Foto ZULHANIFA SIDEK

KOTA BHARU – Lima suspek termasuk seorang wanita direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan seorang warga kemboja di Kampung Penambang di sini, Ahad lalu.

Perintah reman bermula hari ini dibenarkan Majistret Muhammad Fitri Mokhtar di Mahkamah Majistret di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, mereka yang berusia 29 hingga 48 tahun itu ditahan di sekitar Kota Bharu dan Kampung Penambang di sini.

“Kesemua suspek dipercayai mengenali antara satu sama lain,” katanya yang memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Berita berkaitan: Pukul rakan sampai mati, tak puas hati soal upah

Akhbar Kosmo! hari ini melaporkan, seorang lelaki warga Kemboja dipercayai dibunuh oleh rakan senegaranya selepas berlaku perselisihan faham akibat tidak berpuas hati berhubung upah membaiki tandas.

Mangsa, Sovann Arozak,40, yang bekerja sebagai buruh binaan disahkan meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini pada pukul 11 pagi kelmarin selepas hampir 12 jam bertarung nyawa di hospital.

Hasil pemeriksaan mendapati, mangsa mengalami kecederaan pada bahagian sebelah kiri kepala dipercayai akibat dipukul dengan objek tumpul.- K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI