fbpx

Lima kakitangan hospital ditahan rasuah pengurusan jenazah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Lima kakitangan sebuah hospital di negeri ini ditahan hari ini selepas disyaki terlibat dalam rasuah pengurusan jenazah selama dua tahun bermula 2019.

Penahanan kesemua suspek berusia 34 hingga 44 tahun dilakukan pukul 3 petang tadi di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor.

Menurut sumber, berdasarkan siasatan awal mendapati kelima-lima suspek disyaki telah meminta dan menerima wang suapan keseluruhan lebih RM20,000 daripada seorang ejen.

“Ini sebagai balasan mendapatkan kerja-kerja pengurusan jenazah di hospital tempat suspek bekerja.

“Kegiatan tersebut dipercayai dilakukan sejak 2019 hingga 2021,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Difahamkan, rasuah pengurusan jenazah itu turut melibatkan mereka yang meninggal dunia akibat Covid-19.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim mengesahkan penahanan tersebut dengan permohonan reman akan dilakukan di Mahkamah Majistret Shah Alam, esok.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009,” jelasnya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI