PUTRAJAYA – Kes harian negara kembali melepasi angka 9,000 dengan 9,380 kes dilaporkan hari ini, disumbangkan oleh kesemua negeri yang mencatatkan jangkitan baharu Covid-19 menjadikan jumlah kes terkini sebanyak 2,303,837 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, empat negeri merekodkan kes melepasi angka 1,000 iaitu Sarawak (1,503 kes), Kelantan (1,170 kes), Selangor (1,116 kes) dan Johor (1,105 kes).
“Negeri-negeri yang merekodkan kes tiga digit ialah Sabah (790 kes), Terengganu (704 kes), Perak (629 kes), Pulau Pinang (623 kes), Kedah (556 kes), Pahang (511 kes), Melaka (200 kes), Kuala Lumpur (214 kes) dan Negeri Sembilan (191 kes).
“Perlis (42 kes), Putrajaya (18 kes) dan Labuan (lapan kes),” menurut hantaran Facebook beliau di sini hari ini. -K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929